Hadis yang bakal dikongsikan ini adalah hadis yang terkenal dalam kalangan mereka yang terlibat dalam pelaburan emas dan perak.
Abu Bakar bin Abu Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam telah bersabda,
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يَنْفَعُ فِيهِ إِلَّا الدِّينَارُ وَالدِّرْهَمُ
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) (untuk digunakan).” (Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad karya Ahmad Ibn Hanbal)